I Love This So Much

Cinta Seorang Pemuda

saya suka sangat tengok jari- jemari teman wanita saya, cantik betul. sungguh!
sampai saya takut nak pegang.
bukan takut jari- jemarinya patah, tapi takut nanti jari- jemari kami tidak boleh saling bantu- membantu di satu hari yang amat dahsyat di hadapan Yang Maha Esa!

saya suka sangat tengok rambutnya. cantik betul…sungguh!
sebab itu saya belikan dia tudung.
bukan sebab cemburu orang lain tengok, bukan!
tapi sebab saya mahu rambutnya sentiasa tertutup macam dalam iklan dot..dot dot itu sampai bila- bila..takut nanti dibakar dek api neraka, di satu hari yang amat dahsyat di hadapan Yang Maha Pencipta.

saya suka sangat tengok body teman wanita saya..solid betul.sungguh!
sebab tu saya belikan dia telekung supaya masa berdating dengan Kekasih dia Yang Utama, dia jaaaauh lebih cantik dan berseri menghadap-Nya.
saya pun tumpang dapat pahala…syoknya!

saya sangat sedih bila tengok teman wanita saya tidak tidur, tidak makan sebab rindukan saya.
saya pun macam itu juga. si dia tanya, ‘apa ubatnya bang?’
saya pun bagi dia al-Quran sebagai penenang jiwa..
semoga dia cintakan-Nya lebih daripada saya.

saya sedih tengok dia selalu pesan macam- macam.” makan, minum, jaga diri, pandu kereta elok- elok…nanti awak sakit saya juga yang susah hati…bla bla bla”.
tapi bila tengok wayang sama- sama, terlepas asar dan maghrib begitu saja, dia tidak kata satu apa pun.
aduuuh….berdosanya saya!

saya memang sayang sangat pada dia.
saya mahu jumpa dia, bersama dia.
cinta yang abadi di dunia dan berkasih sayang di akhirat, dan dapat berdating di syurga kerana di situlah tempat yang kekal selamanya- lamanya.

No comments:

Post a Comment