Lelaki ohh lelaki

Assalamualaikumblogger-emoticon.blogspot.com

Sepanjang enam belas tahun aku hidup di muka bumi Allah , macam macam spesis lelaki yang aku kenal , berkawan dan kadang kadang tersangkut . Ada yang macam gini , ada yang macam gitu . So , entry aku kali nie aku nak share pengalaman aku megenal seseorang yang digelar 'lelaki' atau bahasa kasarnya 'jantan' . Boleh gitu ? Aku rasa nie entry yang terpoyo pada abad ini . Kdiam .

"Lantak lah , nie blog aku bukan blog kau!"
(Kata kata yang selalu diguna kan oleh warga blogspot #Senyum sinis)

Calon calon nyaa :

1. LELAKI DENGAN MESEJ

i) Lelaki yang suka balas mesej aku dengan ayat yang pendek ciput:face61: . Buang kredit + bosan gilaa = tak reply . Contoh nya :

Dia : Hai !
Aku : Hey . Lama tak contact . You sihat ?
Dia : Sihat .
Aku : You tengah buat ape ?
Dia : Online .
Aku : You dah makan ?
Dia : Dah .
Aku : Oh . Tadi i buat sambal tempoyak letak belacan . Sedap . . Haha !
Dia : Oh .

See ! Betapa bosan nya aku mesej dengan orang sebegini . Aku yang paling beria-ria tanye dia , dia bukan nya nak tanya aku 'Sihat ke tak?' , 'Dah makan ker belum?' , 'Dah sapu rumah ker belum?' . Dia yang nak sangat mesej dengan aku tapi reply nya macam haram . Ish , biasa nya orang yang reply mesej aku cam gini , aku terus tak reply . Lepas tuu sibuk tanya 'Kenape tak reply?' then misscall aku banyak kali . Konon nya bagi isyarat nak suruh aku reply . Kalau aku jumpe orang ceng gini , memang berterabur gigi dia aku buat . Woo , gengster kakak nie . Haha .


ii) Lelaki sempoi and cool:face69: . Aku suka mesej dengan lelaki yang sempoi dan cool . Lelaki macam nie biasa nye buat aku senyum sorang sorang . Tapi tak nak lah yang sempoi and cool sangat , biase biase sudah .

Aku : You tengah buat ape ?
Dia : Tengah korek hidung . You ?

Jangan nak selekeh sangat boleh ? Haha !


iii) Aku paling lemah bila mesej dengan orang yang kedekut tanda baca macam (.)(,)(?)(!) dalam ayat . Contoh nya :

Aku : You tengah buat ape ? Dah makan ?
Dia : I tengah main game Happy Aquarium dekat facebook i dah makan dah petang tadi mak i masak sambal tempoyak cicah budu sedap sangat mak i masak you dah makan

Semput aku bace takde koma ngan titik . Nasib tak koma , kalau koma okay lagi . Kalau titik ? Selamat kebumi lah jawab nye . Jangan nak kedekut sangat tande bace weyy , bukan kene bayar pun .


iv) Aku paling benci bila lelaki mesej aku . .

Dia : Sayang , kredit i nak habis lah . Tolong topup kan boleh?
Aku : Eh , you ingat i kilang topup ker ? Wah nak mintak topup terus bersayang sayangan eh ?
Dia : Alah , i memang sayang you pun .

Terus aku tak reply . Mase banyak kredit bukan nye nak mesej aku pun . Time takde kredit baru terhegeh-hegeh nak mesej aku . Puihh lah !


2. LELAKI DENGAN CALL

i) Dalam telefon yang suke berdiam

Aku jenis yang banyak cakap . Eh yeke ? Err sikit lahh . Lagi lagi bile terime call , memang semue bende aku cakap biar kredit dia habis . Haha . Dia pun jenis tak kisah kalau aku cakap panjang panjang . Tapi yang aku kisah , bila aku bebual panjang panjang , die diam sepanjang call . Susah sangat nak keluar suara . Hanya bunyi kipas menemani perbualan kami . Selalu nya , orang macam nie aku akan cakap :

"Okay lah , beteri fone i dah kebulur sangat nie . I nak bagi beteri i makan . Bai"

ii) Kurang bagi respond mase bebual

Aku : You , tadi kan i nampak orang tergolek masuk longkang . HAHA ! Habis kotor baju die . Lepas tuu kan kan kan baju die terkoyak . Kesian i tengok die tapi kelakar . Haha !
Dia : Ohh .

Tengok ! Tengok ! Penat aku cakap siap buat lawak lagi . Dia tak gelak langsung ! Eh siott ! Malu aku . Lepas tuu jenis yang dah call tak reti reti nak letak , last last aku cakap :

"Okay lah , kredit i nak habis nie . Kbai"
(Ceh padahal die yang call aku . Hee . )


3. LELAKI DENGAN KATA-KATA

i) Kebanyakkan nya lelaki "Pencinta wanita" . Siape setuju ? Irwanshah pun setuju . Dia punye cintakan wanita sampai semua perempuan nak bersayang-sayangan , ber-i-love-you-i-love-you-an . Bila tanye status dia , 'Taken' . Tapi semua perempuan nak sayang , dear , honey dan yang sama waktu dengan nya .

Aku tak suke lelaki yang baru aku kenal panggil aku sayang , dear , honey , baby , mama , amma . . ape lagi ?

ii) Lelaki yang baru kenal dan . .

Dia : You nie comel lah . Macam perempuan melayu terakhir . Cantik sangat you pakai tudung . Lagi cantik kalau you bagi no fone you . Hihi .

Mamposs tak layan !


4. LELAKI DENGAN LELAKI

i) Lelaki dengan lelaki ? Apa ? Lelaki dengan lelaki ?

Dah dah ! Tak payah tanya lagi . Lelaki dengan lelaki tuu dah sah sah diorang gay okay . Sekian terima kasih .


Entry nie takde kene mengene antara yang hidup dan yang telah meninggal dunia . Aku tulis sekadar untuk memuaskan hati aku . Ada sesiapa tak puas hati ? Raya tahun depan aku mintak maaf . Hihihi .
Malam nie tidur nak mimpi Awal Ashaari . Kbaiblogger-emoticon.blogspot.com

No comments:

Post a Comment